Posts

Showing posts from August, 2019

SEJARAH SENI : SENI ISLAM

Image
- SEJARAH SENI : SENI ISLAM - 💜Latar Belakang Seni Islam Seni Islam merangkumi seni tampak yang dihasilkan sejak abad ke-7 oleh penduduk wilayah Islam. Seni islam termasuk bidang-bidang yang berbeza, antaranya seni suara, seni muzik, seni khat, seni bina, lukisan, dan tembikar. Biasanya tetapi bukan pada keseluruhannya, seni Islam memberi fokus pada penggambaran corak dan seni khat Arab kerana ketakutan banyak orang Muslim bahawa penggambaran bentuk orang merupakan penyembahan berhala yang diharamkan di dalam al-Qur'an dan justera itu, melakukan dosa kepada Allah. 💙Konsep Seni dalam Perspektif Islam Islam tidak melarang sesuatu yang baik ,indah dan kenikmatan yang diterima akal sehat :- Sebagaimana dalam surah al-maidah ayat 4: “mereka bertanya kepadamu tentang apa yang dihalalkan allah, katakanlah dihalakan kepadamu segala yang baik-baik.” Seni merupakan fitrah yang allah ciptakan dalam diri manusia. Jadi seni islam merupakan sebahagian daripada kebud