SEJARAH SENI : SENI ISLAM


- SEJARAH SENI : SENI ISLAM -

💜Latar Belakang Seni Islam

Seni Islam merangkumi seni tampak yang dihasilkan sejak abad ke-7 oleh penduduk wilayah Islam. Seni islam termasuk bidang-bidang yang berbeza, antaranya seni suara, seni muzik, seni khat, seni bina, lukisan, dan tembikar.

Biasanya tetapi bukan pada keseluruhannya, seni Islam memberi fokus pada penggambaran corak dan seni khat Arab kerana ketakutan banyak orang Muslim bahawa penggambaran bentuk orang merupakan penyembahan berhala yang diharamkan di dalam al-Qur'an dan justera itu, melakukan dosa kepada Allah.

💙Konsep Seni dalam Perspektif Islam

Islam tidak melarang sesuatu yang baik ,indah dan kenikmatan yang diterima akal sehat :-
Sebagaimana dalam surah al-maidah ayat 4: “mereka bertanya kepadamu tentang apa yang dihalalkan allah, katakanlah dihalakan kepadamu segala yang baik-baik.”

Seni merupakan fitrah yang allah ciptakan dalam diri manusia. Jadi seni islam merupakan sebahagian daripada kebudayaan islam dan perbedaan antara seni islam dengan bukan islam ialah tujuan dan niat dalam hasil.


💚Ciri-ciri Seni Islam 

1) Unsur Keindahan

Keindahan bukan hanya terletak pada objek seni tersebut semata-mata. Seni itu mampu menimbulkan rasa yang menyenangkan atau gembira serta kepuasan kepada pençiptaan dan penikmat objek itu , kerana seni itu sesuai kepada panca indera atau deria rasa 

2) Unsur moral / akhlak 

Seni Islam berkait rapat dengan nilai-nilai akhlak ataupun moral . Seni Islam hendaklah diciptakan untuk tujuan yang baik serta bebas dari nilai-nilai yang negatif seperti yang digariskan di dalam ajaran Islam. Seni Islam juga  adalah sebuah karya hasil cetusan penghayatan seniman terhadap ajaran Islam tentang nilai-nilai akhlak.

3) hubundan antara agama, etika dan estetika 

Seni Islam yang mempunyai hubungan erat dengan agama, estetika dan etika. Islam dengan nilai-nilai dan etikanya menjadi sebagai untuk pembinaan hasil karya seni sehingga ukuran keindahan tidak dilihat dari sudut luaran atau bentuk material art tersebut diolah. Seni Islam perlu mengambil kira nilai-nilai agama dan etika. 

4) Menggelakkan dari wujud unsur-unsur paganisme, animisme

Menggelakkan penyembahan berhala yang berdosa kepada Allah
Contohnya: ukiran patung, arca dan tugu.

5) Mengelakkan diri dari menggambarkan hakikat gambaran Allah, Rasul dll. 

Menggelakkan mengambarkan gambaran Allah, Rasul dll supaya dapat membezakan agama Islam dengan agama lain seperti Budhist dan lain-lain.

6) Mengutamakan alam natural sebagai objek utama 

Mengutamakan alam semula jadi tetapi tidak termasuk manusia dan haiwan (hidupan bernyawa).

7) Mempunyai ciri-ciri kepelbagaian dalam kesatuan 

Keunikan seni Islam ialah seni Islam bukanlah seni yang mewakili sesebuah bangsa, budaya atau negara.

Islam dianuti oleh berbagai-bagai kaum dan bangsa dari berbagai-bagai negara yang diikat dengan satu tali yang disebut tauhid menjadi Islam sebagai agama yang universal. Perbezaan latar belakang dan budaya umat Islam ini justru membawa kepada perkara-perkara yang positif dalam kegiatan seni kerana mampu memperkayakan dan mempelbagaikan khazanah dunia seni Islam.

Ciri-ciri kepelbagaian ini juga dapat dilihat dalam bentuk perancangan bandar-bandar Islam, di mana selain bangunan-bangunan pelbagai fungsi, terdapat juga institusi-institusi agama. Eleman-eleman ini mempunyai hubungan yang tersendiri dengan tauhid. 

💙Prinsip Seni Islam

1) Al-Tawhid (Devine Unity)
- Tidak ada yang kekal melainkan Allah .
- Hakikat bahawa Allah tidak mungkin dapat ditanggap melalui daya fikir dan daya lihat manusia, adalah reality sebenar.

2) Anikonism
- Menjauhkan lambing/simbol peraturaan antara manusia dengan tuhan
- Menghalang terjemahan sifat wujudnya Allah

3) Ruang Kosong (Void)
- Bayangan palsu objek (illusory)
- Kewujudan objek-objek sebagai manifestasi kuasa Allah
- Simbol positif dan simbol mutlak
- Seni Islam adalah simbol positif yang menyeruluh dan harmoni menyatakan kebenaran


💛Etika berkesenian dalam islam

⇒Dilarang menciptakan hikayat yang menceritakan dewa-dewa, kebiasaan pengarang yang mengkritik tuhan.

⇒Dilarang menyanyikan lagu-lagu yang berisikan kata-kata yang tidak sopan atau cabul.

⇒Dilarang memainkan musik yang merangsang kepada gerakan-gerakan sensual.

⇒Dilarang menampilkan drama dan film yang melukiskan kekerasan,kebencian dan kekejaman.

⇒Mengangkat martabat insan dengan tidak meninggalkan nilai-nilai kemanusiaan dan nilai-nilai persekitaran dan sejagat.

⇒Mementingkan persoalan akhlak dan kebenaran yang menyentuh aspek-aspek estatika, kemanusiaan, moral dan lain-lain .

⇒Kesenian Islam menghubungkan manusia dengan Allah, alam sekitar dan sesama manusia serta makhluk lain.

Seni Suara

Menurut pandangan Islam, seni suara dibahagikan kepada 2 kriteria:-
1) Seni suara yang baik merangkumi bacaan al-Quran dengan suara yang merdu, syahdu dan lunak, melagukan azan, menyanyikan lagu-lagu jihad, berzikir, mendendangkan nyanyian hari-hari raya, menyanyikan selamat jalan dan selamat kembali kepada para jemaah haji, berzanji dan lain-lain.

2) Seni suara yang buruk pula merangkumi nyanyian-nyanyian yang sering menimbulkan nafsu berahi, lagu-lagu joget dan tarian yang bercampur antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram, lagu-lagu yang boleh merosakkan budi pekerti muda mudi serta melalaikan mereka dari beribadat kepada Allah.

Seni Muzik

Pengaruh muzik pada zaman Kerajaan Abbasiyyah telah mencapai kemajuan yang hebat.
Kehebatan dan kemajuan seni muzik ini dapat dilihat melalui lukisan-lukisan yang terdapat dalam kitab Alfun Al-Lail atau Hikayat Seribu Satu Malam, yang dihiasi dengan gambar-gambar sekumpulan ahli muzik yang sedang membuat persembahan mereka di hadapan khalifah. menggambarkan betapa besarnya penghargaan umat Islam terhadap seni muzik pada masa itu di Kota Damsyik iaitu pada zaman Kerajaan Abbasiyyah (Ghazali Darusalam, 2001, 258).


Tokoh Muzik :

Abu Al-Nasr Al-Farabi ( Al- Farabi )

-tokoh seni muzik yang terkenal pada zaman Kerajaan Abbasiyyah.
-hidup antara tahun 870 - 950 M
-Farabi menulis buku berkaitan muzik berjudul Kitab al-Musiqa al-Kabir atau Kitab Agung Muzik.

Seni Khat (Kaligrafi)

- Khazanah tertua di dunia yang masih dimiliki oleh umat Islam.

- Penulisan khat yang pertama di dunia dipercayai dihasilkan di Kufah, Iraq pada kurun ketujuh.

- Fakta yang tercatat daripada sumber bertulis – 
Seorang sufi mendapat ilham menghasilkannya melalui mimpi. Tulisan-tulisan yang dihasilkan dinamakan kufic (Kufi) iaitu tulisan yang tidak bercantum. Tulisan digunakan sehingga kurun ke-12.


-Seni Khat dihasilkan berpunca daripada larang islam terhadap penggunaan figura manusia dan makhluk bernyawa lain dalam seni.

- Penulisan kaligrafi yang indah mula menjadi perhiasan di masjid-masjid, rumah-rumah dan tempat-tempat lain yang sesuai.

Penulisan kaligrafi di Masjid Putra, Putrajaya.

- Selain daripada bertujuan untuk menimbulkan rasa damai dan indah, tulisan-tulisan khat itu juga bertujuan untuk sentiasa memastikan bahawa ayat-ayat Allah dan hadis-hadis Rasul-Nya sentiasa diingati dan diamalkan. 

- Seni khat mempunyai kaitan yang rapat dengan jiwa Islam kerana penggunaan huruf-huruf al-Qu’ran. Seni ini akhirnya terus berkembang menjadi satu seni yang unik dalam tradisi Islam.

Jenis Seni Khat


Seni Bina

Ciri-ciri Seni Bina
- Mementingkan unsur pengaliran cahaya dan udara 
    i.h. Qureshi : kemasukan cahaya ke dalam bangunan sebanyak-banyak = ciri utama

- Faktor hiasan : Seni khat / kaligrafi sebagai hiasan 
    penerapan tulisan itu kepada keseluruhan hiasan amat berkesan dan harmoni.

- Memisahkan ruang lelaki dan perempuan

- Mengambil kira faktor keadaan dan illim

- Mementingkan kesederhanaan, Harmoni dan Pratikal

Rupa Masjid di dunia Islam
Contoh Rupa Masjid

Masjid 
 Masjid Quba

- Masjid pertama yang dibina oleh orang Islam
- Terletak di Kota Madinah kira-kira dua batu daripada Masjid an-Nabawi. 
- Masjid ini diasaskan oleh Nabi Muhammad (SAW) Saws. Sebelum baginda tiba di Madinah ketika berhijrah dari Makkah.

Masjid Quba sebelum dibina semula                                             Masjid Quba selepas dibina semula

Qubbat As-Sakhrah (Kubah Batu)

-Antara seni binaan Islam yang tercantik di dunia.

-Seni binaan agung Islam yang pertama dibina diantara tahun 687 masihi sehingga tahun 691 masihi oleh Khalifah Abdul Malik ibni Marwan, khalifah kerajaan Ummaiyyah.



Arabesque
- Terdiri daripada beraneka bentuk geometri ,motif-motif tubuhan gayaan dan kaligrafi
- Tujuan : memberi gambaran tentang sesuatu corak yang tidak terbatas sifatnya kepada peminat, pendengar ataupun penonton. Dengan itu kuasa allah yang tidak terbatas ditegaskan semula dalam corak yang boleh dilihat
Arabesque melambangkan – sifat allah yang tiada permulaan dan akhirnnya


contoh Arabesque bermotif flora

Arabesque di Masjid-i-Jami dengan gabungan bentuk geometrik dan motif  flora









Comments